BlueLicious
Hit Follow or go back to Dashboard
Te' Entries Te' Owner Te' Buddy

Khamis, 22 Disember 2016 | 8:02 PTG |
HI GUYS

it's been long time since i have updated my blog...
today i want to share my experience that i got as "petugas" in MSJKL2016
or INTERNATIONAL BOYS SCOUT GATHERING IN MALAYSIA 2016 

so stay tuned for the update 

i will updated u guys full with picture and scene that we can see in that gathering

i want to say hi to all new friend from Indonesia, Thailand, Brunei, Sri Lanka, and Kenya that i meet over there 

hope we can meet again and spread boys scout wings in ASEAN area 

it been a blast experience that i got with u guys 

thanks again.






stay tuned okay ♫♬

Important!!

VOTE FOR #MTVHottest One Direction !!!

Sabtu, 12 April 2014 | 8:17 PG |

today i feel really generous to showed my beautiful sejarah folio for tingkatan 3 and you guys can refer or make this as example and the blank page is where you placed it with your picture with the owner

_________________________________________________________________________________

ELEMEN 1




Orang Sumber.
Kad Pengenalan.







Puan Norizan Binti Yahaya, 42 tahun , D1-2, Apartment Seri Lili, Seksyen BB7, Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor.













Saya berada di kedai menjahit milik Puan Norizan, di sebelah saya ialah Puan Norizan.

Perbualan bersama pemilik kedai Asyira Enterprise.
Nazurah : Assalmualaikum Puan Norizan.
Puan Norizan : Waalaikumussalam.
Nazurah : Saya Nazurah pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa, bolehkah                saya ingin menemu bual puan Norizan?
Puan Norizan : Boleh, marilah kita memulakan temu bual ini.
Nazurah : Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang latar belakang  Puan Norizan.
Puan Norizan : Baiklah, nama penuh saya ialah Norizan Bt. Yahaya berasal dari Perak dan 
                             umur saya ialah 42 tahun dan saya begitu meminati bidang menjahit sejak
                                                                                kecil lagi.
Nazurah : Berapa lamakah Puan Norizan telah memasuki perniagaan dalam bidang menjahit
                                                                                      ini?
Puan Norizan : Saya sudah memasuki bidang perniagaan ini sejak tahun 2009 lagi.
Nazurah : Selama Puan Norizan telah memasuki bidang perniagaan ini apakah cabaran yang
                                                   sering dihadapi oleh puan?
Puan Norizan : Cabaran yang saya hadapi ialah tenaga kerja yang sikit dan kerenah
                                                                  pelanggan.
Nazurah : Bagaimanakah Puan Norizan dapat mengatasi masalah tersebut?
Puan Norizan : Cara untuk mengatasinya ialah membuat iklan untuk mencari tenaga pekerja
                                     dan cuba untuk memenuhi segala permintaan pelanggan.
Nazurah : Dalam sehari berapa helai baju yang dapat dihasilkan oleh Puan Norizan?
Puan Norizan : Saya dapat menghasilkan 5 helai baju dalam sehari.
Nazurah : Berapakah hasil pendapatan Puan Norizan dalam sebulan?
Puan Norizan : Hasil pendapatan saya dalam sebulan ialah RM2,400.00.
Nazurah : Sampai di sini sahaja perbualan kita ini semoga kita akan bertemu lagi di
                   kemuadian hari. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana Puan Norizan
                         sudi untuk ditemu bual oleh saya. Saya mengundurkan diri dahulu.









Melawat Tempat Kajian.









        Puan Norizan sedang menjahit pakaian yang telah ditempah oleh pelanggan.











Di atas ialah papan perniagaan yang tertulis harga yang ditetapkan jika hendak membuat tempahan.












Saya telah melawat tempat kajian dan berjumpa dengan Puan Norizan Binti Yahaya.

Saya berada di kedai Asyira Enterprise,
No. 33M, Jalan Orkid 2A Seksyen BS 2, Bukit Sentosa,
48300 Rawang,
Selangor.




















Sumber Lain.

























Internet.

Blog Asyira Enterprise.











ELEMEN 2



Tajuk Kajian.
Kegiatan Ekonomi Tradisional yang dijalankan oleh Masyarakat Di Malaysia.

Kegiatan Ekonomi Tradisional Menjahit Baju Kurung Di Bukit Sentosa.























Senarai Kandungan
Elemen 2.
Bil
Perkara
Muka Surat
1
Tajuk

        i.             
2
Senarai Kandungan

       ii.             
3
Penghargaan


4
Objektif Kajian


5
Kaedah Kajian          


6
Hasil Kajian


7
Rumusan


8
 Lampiran


9
Rujukan




















Penghargaan
      Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Sejarah saya iaitu Puan Rohaya Binti Sham kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya selama saya menyiapkan kerja khursus ini.
                Sekalung budi ditujukan kepada kedua ibu dan bapa saya iaitu Puan Rosmawati Binti Othman dan Encik Shah Buddin Bin Aminallah kerana telah memberi sokongann dan dorongan ketika melakukan tugasan ini.
              Tidak lupa juga kepada rakan rakan saya yang banyak membantu terutamanya Nur Syafieqah Binti Kamal Ariffin, Nurizatul Amiera Binti Hamdan dan Nur Fazilah Binti Amlan.











Objektif Kajian.
Kajian ini dijalankan bagi memenuhi objektif-objektif yang tertentu. Antaranya termauklah :
I)                   Saya dapat mengetahui cara menjahit baju kurung yang merupakan salah satu kegiatan ekonomi tradisional di Negara kita.
II)                Saya juga dapat mengetahui cara menghasilkan kajian melalui kaedah ilmiah, perkara ini dapat membantu untuk menambahkan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi dengan orang ramai.
III)             Saya juga berasa bangga menjadi rakyat Malaysia kerana Negara Malaysia kaya dengan produk tradisional, saya juga perlu bekerjasama dengan pihak yang bertanggungjawab  agar kegiatan ekonomi tradisional tidak mengalami kepupusan.











Kaedah Kajian.
·         Kaedah Temu Bual.
Saya telah menemu bual Puan Norizan untuk mengetahui tentang proses menjahit baju kurung.
·         Kaedah Lawatan Dan Pemerhatian.
Saya telah melawat tempat kajian yang menghasilkan baju kurung untuk mengetahui secara lebih mendalam tentang cara-cara memjahit baju kurung tersebut.
·         Kaedah Penyelidikan Perpustakaan.
Saya juga telah membuat kajian di perpustakaan yang berdekatan untuk mendapatkan sumber-sumber mengenai produk yang telah dipilih.










Hasil Kajian.
Maklumat asas.
Tajuk : Kegiatan Ekonomi Tradisional Menjahit Baju Kurung Di Bukit Sentosa.
Menjahit Baju Kurung.
Pekerjaan Puan Norizan ialah sebagai tukang jahit. Puan Norizan bermula menjahit pada tahun 2005. Penglibatan Puan Norizan dalam bidang jahitan ini sudah hampir 9 tahun. Puan Norizan hanya terlibat dalam bidang menjahit baju kurung dan tudung.









Puan Norizan sedang menjahit baju kurung.
Latar Belakang.

1)      Puan Norizan mula belajar menjahit daripada ibunya iaitu Puan Saayah Binti Adam ketika beliau berumur 14 tahun lagi. Penglibatan Puan Norizan dalam bidang menjahit ini sudah hampir 9 tahun. Puan Norizan menjahit baju kurung dan tudung. Puan Norizan. Beliau mula aktif dalam bidang menjahit ini pada tahun 2005 dan telah membuka kedainya sendiri pada tahun 2009. Alamat kedainya ialah Asyira Enterprise,No. 33M, Jalan Orkid 2A Seksyen BS 2, Bukit Sentosa,48300 Rawang,Selangor Darul Ehsan. Beliau mengusahakan perniagaan ini secara perkongsian.

Antara iklan yang ada di kedai Puan Norizan.

*      Tujuan beliau  mengusahakan perniagaan ini untuk  menambah pendapatan untuk keluarga beliau yang agak susah.

















Cara membuat Baju Kurung.











Cara membuat Tudung.









Proses pembuatan baju kurung.
Untuk membuat baju kurung ianya  mestilah bermula dari asas iaitu mengambil ukuran badan pelanggan  kemudian membuat pola dan memotong kain, seterusnya mencantumkannya dengan menjahit kain itu.

Antara hasil baju kurung yang dijahit oleh Puan Norizan.



Peralatan jahitan.
Peralatan jahitan yang harus digunakan ialah mesin jahit dan peralatan sampingan seperti pembaris, gunting, kapur, kertas untuk membuat pola, benang, gunting, benang dan sebagainya.
Mesin jahit.
Benang.
Pin peniti kapur dan sebagainya.
Pembaris, benang dan sebagainya.
Diatas adalah gunting benang dan dibawah adalah gunting untuk kain.
Diatas adalah manik dan labuci dan di sebelah bawah pula adalah pensil.
Pita pengukur adalah antara peralatan sampingan yang diperlukan untuk menjahit.








Produk.
Produk yang dihasilkan ialah Baju Kurung.













Saya bersama baju kurung yang telah dijahit oleh Puan Norizan.
Antara hasil baju kurung di kedai Puan Norizan.
Sumbangan dan pengaruh kepada keluarga atau masyarakat.
*           Status keluarga.
Keluarga Puan Norizan mempunyai empat orang anak yang perlu disara. Keluarga Puan Norizan telah banyak memberi semangatdan galakan kepada beliau untuk menubuhkan perniagaan menjahit baju untuk menyara pendapat keluarga.

                        Puan Norizan sedang menjahit baju kurung.




*                     Sumber Pendapatan.
Pendapatan Puan Norizan sebagai tukang jahit ialah RM2,400.00 sebulan dan kadang-kadang tidak mencukupi untuk menyara keluarganya memandangkan suami beliau tidak dapat bekerja kerana kesihatannya yang terjejas.





















*             Penerusan tradisi keluarga.
Beliau mewarisi cara menjahit ini daripada ibunya iaitu Puan Saayah Binti Adam kerana minat yang mendalam dalam bidang menjahit.


















*           Memenuhi permintaan.
Beliau membuka perniagaan ini kerana mendapat permintaan yang mengalakkan daripada jiran di sekeliling rumah lalu membesarkan perniagaan daripada menjahit di rumah kepada membuka kedai menjahit.























Prospek.
*         Cabaran.
Cabaran yang dihadapi semasa menjalankan perniagaan menjahit ialah apabila tenaga pekerja yang sikit dan pelanggan yang cerewet.























*         Galakan daripada orang luar.
Pihak luar memberi kerjasama dengan membantu saya untuk melakukan perniagaan ini dan juga mendapat galakan daripada ahli keluarga yang terdekat.

























*          Reaksi masyarakat.
Reaksi dan penerimaan masyarakat amat mengalakkan dan masyarakat juga memberi kerjasama.

























*             Saranan dan harapan.
Puan Norizan memberi saranan agar masyarakat belia akan meneruskan kegiatan ekonomi tradisional dan harapan beliau agar kegiatan menjahit ini akan dapat memajukan ekonomi negara dan dapat menubuhkan perniagaan yang lebih besar dan maju.












Rumusan.
Setelah menjalankan kajian ini, saya dapat memahami lebih dalam tentang perusahaan menghasilkan produk tempatan tradisional yang terdapat di tempat saya khasnya dan di negara kita. Hasilnya, saya lebih peka dan menghargai barang buatan tempatan ini dalam membantu ke arah kemajuan ekonomi tempatan dan negara.

Di samping itu, melalui kajian ini juga akan dapat menonjolkan masyarakat yang saling tolong menolong, bekerjasama dan bertoleransi. Ini secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat.
Akhir sekali, kemajuan ekonomi negara bergantung kepada rakyat yang produktif, kreatif dan berinovasi. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berbangga produk tempatan dengan kebanggaan inilah yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan keharmonian negara kita.








Lampiran.
Gambar.
Mesin menjahit.

Mesin menjahit.
Mesin menjahit.
Puan Norizan sedang menjahit baju.


Antara bahan yang terdapat di kedai Asyira Enterprise.









Mesin jahit.

Mesin jahit.

Benang untuk menjahit.







Suasana di dalam kedai.







Kain untuk dijahit.








Antara baju kurung yang telah dijahit oleh Puan Norizan.
Saya sedang mencuba menjahit baju kurung.









Saya bersama Puan Norizan di kedai Asyira Enterprise.









Sedang mencuba menjahit.




Antara hasil baju kurung yang ada di Kedai Asyira Enterprise.









Cubaan pertama saya menjahit baju kurung.








Puan Norizan bersama pelanggan.
Saya bersama hasil baju yang telah siap dijahit oleh Puan Norizan.
Mesin jahit.













Peta.

Peta kawasan kajian Bukit Sentosa.
No.33M Jalan Orkid 2A seksyen Bs 2, Bukit Sentosa.














Dokumen.

















Rujukan.
1.      Internet.
Diperoleh pada Ahad, 18 May 2013 daripada
Diperoleh pada Rabu, 22 May 2013 daripada

2.      Melawat Tempat Kajian.
Asyira Enterprise,
No. 33M, Jalan Orkid 2A Seksyen BS 2, Bukit Sentosa,
48300 Rawang, Selangor.
Diperoleh pada Sabtu, 15 May 2013.

3.      Orang Sumber.
Puan Norizan Binti Yahaya.
Diperoleh pada Sabtu, 15 May 2013.


4.      Sumber Lain.
Brosur.
Diperoleh pada Jumaat, 28 May 2013.

















ELEMEN 3








Tugasan 2
Soalan:
Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa
Malaysia.

Kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia secara umumnya bermula dari kawasan luar bandar. Bagi masyarakat Melayu, kegiatan ekonomi tradisional biasanya lebih berbentuk kepada eonomi sara diri. Sebagai contohnya, keperluan asas ekonomi petani dan nelayan adalah secukup hidup iaitu untuk menyara keluarga sendiri. Kerajaan telah lama membantu dan mengalakkan rakyat dalam mengusahakan ekonomi tradisional. Dalam menjalankan kegiatan ekonomi tradisional, pengusaha akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan seperti kesukaran mendapat bahan, kekurangan tenaga kerja, dan modal. Oleh itu, pengusaha perlu berdikari dan tabah menghadapi cabaran tersebut.

Kegiatan ekonomi tradisional sememangnya dapat memperkukuhkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Melalui kegiatan tersebut pihak yang terlibat telah menunjukkan nilai rajin dan gigih. Hal ini kerana mereka perlu melakukan pelbagai aktiviti sebelum mendapatkan hasil.

Sebagai contoh dalam kegiatan cencalok dan belacan, pengusaha perlu mendapatkan bekalan udang geragau yang secukupnya untuk menghasilkan produk keluaran mereka.

Dalam mengusahakan kegiatan ini, semangat kerjasama dan bermuafakat dapat dihidupkan. Nilai bersatu padu dan berharmoni ditonjolkan oleh para pengusaha sewaktu proses produk keluaran mereka. Sikap kerjasama dan tolong menolong ini haruslah menjadi ikutan para generasi muda sekarang. Amalan ini akan dapat memupuk semangat nasionalisme yang tinggi bagi menjamin kedaulatan Negara.

Masyarakat Malaysia kaya dengan sifat-sifat terpuji. Mereka hidup saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain dalam melaksanakan aktiviti harian. Kesempurnaan kerja diperoleh apabila mereka sentiasa bersefahaman dan bermuafakat menjayakan sesuatu kerja. Hasilnya keutuhan negara semakin mantap dan gah di mata dunia.

Kita perlu bersyukur sebagai warganegara kerana negara kita aman dan makmur .Keadaan ini membolehkan kita menjalankan kegiatan ekonomi dengan baik tanpa ada perasaan takut dan bimbang. Seterusnya dapat menjana pendapatan masyarakat, bangsa dan negara.