Important!!
VOTE FOR #MTVHottest One Direction !!!
today i feel really generous to showed my beautiful sejarah folio for tingkatan 3 and you guys can refer or make this as example and the blank page is where you placed it with your picture with the owner
_________________________________________________________________________________
ELEMEN 1
Orang Sumber.
Kad Pengenalan.
Saya berada di kedai menjahit milik Puan Norizan, di sebelah
saya ialah Puan Norizan.
Perbualan
bersama pemilik kedai Asyira Enterprise.
Nazurah : Assalmualaikum Puan
Norizan.
Puan Norizan : Waalaikumussalam.
Nazurah : Saya Nazurah pelajar
dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa, bolehkah saya ingin menemu bual puan
Norizan?
Puan Norizan : Boleh, marilah kita
memulakan temu bual ini.
Nazurah : Saya ingin mengetahui
dengan lebih lanjut tentang latar belakang
Puan Norizan.
Puan Norizan : Baiklah, nama penuh
saya ialah Norizan Bt. Yahaya berasal dari Perak dan
umur saya
ialah 42 tahun dan saya begitu meminati bidang menjahit sejak
kecil lagi.
Nazurah : Berapa lamakah Puan
Norizan telah memasuki perniagaan dalam bidang menjahit
ini?
Puan Norizan : Saya sudah memasuki
bidang perniagaan ini sejak tahun 2009 lagi.
Nazurah : Selama Puan Norizan
telah memasuki bidang perniagaan ini apakah cabaran yang
sering dihadapi oleh puan?
Puan Norizan : Cabaran yang saya
hadapi ialah tenaga kerja yang sikit dan kerenah
pelanggan.
Nazurah : Bagaimanakah Puan
Norizan dapat mengatasi masalah tersebut?
Puan Norizan : Cara untuk
mengatasinya ialah membuat iklan untuk mencari tenaga pekerja
dan cuba
untuk memenuhi segala permintaan pelanggan.
Nazurah : Dalam sehari berapa
helai baju yang dapat dihasilkan oleh Puan Norizan?
Puan Norizan : Saya dapat menghasilkan
5 helai baju dalam sehari.
Nazurah : Berapakah hasil
pendapatan Puan Norizan dalam sebulan?
Puan Norizan : Hasil pendapatan
saya dalam sebulan ialah RM2,400.00.
Nazurah : Sampai di sini sahaja
perbualan kita ini semoga kita akan bertemu lagi di
kemuadian hari. Saya ingin
mengucapkan terima kasih kerana Puan Norizan
sudi untuk ditemu bual
oleh saya. Saya mengundurkan diri dahulu.
Melawat Tempat Kajian.
Puan Norizan sedang menjahit pakaian
yang telah ditempah oleh pelanggan.
Di atas ialah papan perniagaan yang tertulis harga yang
ditetapkan jika hendak membuat tempahan.
Saya telah melawat tempat kajian dan
berjumpa dengan Puan Norizan Binti Yahaya.
Saya
berada di kedai Asyira Enterprise,
No.
33M, Jalan Orkid 2A Seksyen BS 2, Bukit Sentosa,
48300
Rawang,
Selangor.
Sumber Lain.
Internet.
Blog Asyira Enterprise.
ELEMEN 2
Tajuk Kajian.
Kegiatan Ekonomi Tradisional yang dijalankan oleh Masyarakat Di
Malaysia.
Kegiatan Ekonomi Tradisional Menjahit Baju Kurung Di Bukit Sentosa.
Senarai Kandungan
Elemen 2.
|
Bil
|
Perkara
|
Muka Surat
|
|
1
|
Tajuk
|
i.
|
|
2
|
Senarai Kandungan
|
ii.
|
|
3
|
Penghargaan
|
|
|
4
|
Objektif Kajian
|
|
|
5
|
Kaedah Kajian
|
|
|
6
|
Hasil Kajian
|
|
|
7
|
Rumusan
|
|
|
8
|
Lampiran
|
|
|
9
|
Rujukan
|
|
Penghargaan
Saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Sejarah saya iaitu Puan
Rohaya Binti Sham kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya
selama saya menyiapkan kerja khursus ini.
Sekalung budi ditujukan kepada kedua ibu dan
bapa saya iaitu Puan Rosmawati Binti Othman dan Encik Shah Buddin Bin Aminallah
kerana telah memberi sokongann dan dorongan ketika melakukan tugasan ini.
Tidak lupa juga kepada rakan
rakan saya yang banyak membantu terutamanya Nur Syafieqah Binti Kamal Ariffin,
Nurizatul Amiera Binti Hamdan dan Nur Fazilah Binti Amlan.
Objektif Kajian.
Kajian ini dijalankan bagi memenuhi objektif-objektif yang
tertentu. Antaranya termauklah :
I)
Saya
dapat mengetahui cara menjahit baju kurung yang merupakan salah satu kegiatan
ekonomi tradisional di Negara kita.
II)
Saya
juga dapat mengetahui cara menghasilkan kajian melalui kaedah ilmiah, perkara
ini dapat membantu untuk menambahkan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi
dengan orang ramai.
III)
Saya
juga berasa bangga menjadi rakyat Malaysia kerana Negara Malaysia kaya dengan
produk tradisional, saya juga perlu bekerjasama dengan pihak yang
bertanggungjawab agar kegiatan ekonomi
tradisional tidak mengalami kepupusan.
Kaedah Kajian.
·
Kaedah
Temu Bual.
Saya telah menemu bual Puan Norizan untuk mengetahui tentang proses
menjahit baju kurung.
·
Kaedah
Lawatan Dan Pemerhatian.
Saya telah melawat tempat kajian yang menghasilkan baju kurung
untuk mengetahui secara lebih mendalam tentang cara-cara memjahit baju kurung
tersebut.
·
Kaedah
Penyelidikan Perpustakaan.
Saya juga telah membuat kajian di perpustakaan yang berdekatan
untuk mendapatkan sumber-sumber mengenai produk yang telah dipilih.
Hasil Kajian.
Maklumat asas.
Tajuk : Kegiatan Ekonomi Tradisional Menjahit Baju Kurung Di
Bukit Sentosa.
Menjahit Baju Kurung.
Pekerjaan Puan Norizan ialah sebagai tukang jahit. Puan Norizan
bermula menjahit pada tahun 2005. Penglibatan Puan Norizan dalam bidang jahitan
ini sudah hampir 9 tahun. Puan Norizan hanya terlibat dalam bidang menjahit
baju kurung dan tudung.
Puan Norizan sedang menjahit baju
kurung.
Latar Belakang.
1)
Puan
Norizan mula belajar menjahit daripada ibunya iaitu Puan Saayah Binti Adam
ketika beliau berumur 14 tahun lagi. Penglibatan Puan Norizan dalam bidang
menjahit ini sudah hampir 9 tahun. Puan Norizan menjahit baju kurung dan
tudung. Puan Norizan. Beliau mula aktif dalam bidang menjahit ini pada tahun
2005 dan telah membuka kedainya sendiri pada tahun 2009. Alamat kedainya ialah
Asyira Enterprise,No. 33M, Jalan Orkid 2A Seksyen BS 2, Bukit Sentosa,48300
Rawang,Selangor Darul Ehsan. Beliau mengusahakan perniagaan ini secara
perkongsian.
Antara iklan yang ada di kedai Puan
Norizan.
Proses pembuatan baju kurung.
Untuk
membuat baju kurung ianya mestilah
bermula dari asas iaitu mengambil ukuran badan pelanggan kemudian membuat pola dan memotong kain,
seterusnya mencantumkannya dengan menjahit kain itu.
Antara hasil baju kurung yang dijahit oleh Puan Norizan.
Peralatan jahitan.
Peralatan
jahitan yang harus digunakan ialah mesin jahit dan peralatan sampingan seperti
pembaris, gunting, kapur, kertas untuk membuat pola, benang, gunting, benang
dan sebagainya.
Mesin
jahit.
Pin peniti kapur dan
sebagainya.
Pembaris, benang dan
sebagainya.
Diatas
adalah gunting benang dan dibawah adalah gunting untuk kain.
Diatas
adalah manik dan labuci dan di sebelah bawah pula adalah pensil.
Pita pengukur adalah antara peralatan sampingan yang diperlukan
untuk menjahit.
Produk.
Saya bersama baju kurung yang telah dijahit oleh Puan Norizan.
Antara hasil baju kurung di kedai Puan Norizan.
Sumbangan dan pengaruh kepada keluarga atau
masyarakat.
Keluarga Puan Norizan mempunyai empat orang anak yang perlu disara.
Keluarga Puan Norizan telah banyak memberi semangatdan galakan kepada beliau untuk
menubuhkan perniagaan menjahit baju untuk menyara pendapat keluarga.
Puan Norizan sedang menjahit
baju kurung.
Pendapatan Puan Norizan sebagai tukang jahit ialah RM2,400.00
sebulan dan kadang-kadang tidak mencukupi untuk menyara keluarganya
memandangkan suami beliau tidak dapat bekerja kerana kesihatannya yang
terjejas.
Beliau mewarisi cara menjahit ini daripada ibunya iaitu Puan Saayah
Binti Adam kerana minat yang mendalam dalam bidang menjahit.
Beliau membuka perniagaan ini kerana mendapat permintaan yang
mengalakkan daripada jiran di sekeliling rumah lalu membesarkan perniagaan
daripada menjahit di rumah kepada membuka kedai menjahit.
Prospek.
Cabaran yang dihadapi semasa menjalankan perniagaan menjahit ialah
apabila tenaga pekerja yang sikit dan pelanggan yang cerewet.
Pihak luar memberi kerjasama dengan membantu saya untuk melakukan
perniagaan ini dan juga mendapat galakan daripada ahli keluarga yang terdekat.
Reaksi dan penerimaan masyarakat amat mengalakkan dan masyarakat
juga memberi kerjasama.
Puan Norizan memberi saranan agar masyarakat belia akan meneruskan kegiatan
ekonomi tradisional dan harapan beliau agar kegiatan menjahit ini akan dapat
memajukan ekonomi negara dan dapat menubuhkan perniagaan yang lebih besar dan
maju.
Rumusan.
Setelah menjalankan kajian ini, saya dapat memahami lebih dalam
tentang perusahaan menghasilkan produk tempatan tradisional yang terdapat di
tempat saya khasnya dan di negara kita. Hasilnya, saya lebih peka dan menghargai
barang buatan tempatan ini dalam membantu ke arah kemajuan ekonomi tempatan dan
negara.
Di samping itu, melalui kajian ini juga akan dapat menonjolkan
masyarakat yang saling tolong menolong, bekerjasama dan bertoleransi. Ini
secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat.
Akhir sekali, kemajuan ekonomi negara bergantung kepada rakyat yang
produktif, kreatif dan berinovasi. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah
berbangga produk tempatan dengan kebanggaan inilah yang akan menjadi pemangkin
kepada kemajuan dan keharmonian negara kita.
Lampiran.
Gambar.
Mesin menjahit.
Mesin menjahit.
Mesin menjahit.
Antara bahan yang
terdapat di kedai Asyira Enterprise.
Mesin jahit.
Mesin jahit.
Suasana
di dalam kedai.
Kain untuk dijahit.
Antara baju kurung yang
telah dijahit oleh Puan Norizan.
Saya
bersama Puan Norizan di kedai Asyira Enterprise.
Sedang mencuba menjahit.
Cubaan pertama saya menjahit baju
kurung.
Puan
Norizan bersama pelanggan.
Saya
bersama hasil baju yang telah siap dijahit oleh Puan Norizan.
Mesin
jahit.
Peta kawasan kajian Bukit Sentosa.
No.33M Jalan Orkid 2A seksyen Bs 2, Bukit Sentosa.
Dokumen.
Rujukan.
1.
Internet.
Diperoleh
pada Ahad, 18 May 2013 daripada
Diperoleh
pada Rabu, 22 May 2013 daripada
2.
Melawat
Tempat Kajian.
Asyira
Enterprise,
No.
33M, Jalan Orkid 2A Seksyen BS 2, Bukit Sentosa,
48300
Rawang, Selangor.
Diperoleh
pada Sabtu, 15 May 2013.
3.
Orang
Sumber.
Puan
Norizan Binti Yahaya.
Diperoleh
pada Sabtu, 15 May 2013.
4.
Sumber
Lain.
Brosur.
Diperoleh
pada Jumaat, 28 May 2013.
ELEMEN 3
Tugasan 2
Soalan:
Kegiatan
ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa
Malaysia.
Kegiatan
ekonomi tradisional di Malaysia secara umumnya bermula dari kawasan luar
bandar. Bagi masyarakat Melayu, kegiatan ekonomi tradisional biasanya lebih
berbentuk kepada eonomi sara diri. Sebagai contohnya, keperluan asas ekonomi
petani dan nelayan adalah secukup hidup iaitu untuk menyara keluarga sendiri.
Kerajaan telah lama membantu dan mengalakkan rakyat dalam mengusahakan ekonomi
tradisional. Dalam menjalankan kegiatan ekonomi tradisional, pengusaha akan
menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan seperti kesukaran mendapat bahan,
kekurangan tenaga kerja, dan modal. Oleh itu, pengusaha perlu berdikari
dan tabah menghadapi cabaran tersebut.
Kegiatan
ekonomi tradisional sememangnya dapat memperkukuhkan semangat nasionalisme
dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Melalui kegiatan tersebut pihak yang
terlibat telah menunjukkan nilai rajin dan gigih. Hal ini kerana mereka
perlu melakukan pelbagai aktiviti sebelum mendapatkan hasil.
Sebagai
contoh dalam kegiatan cencalok dan belacan, pengusaha perlu mendapatkan bekalan
udang geragau yang secukupnya untuk menghasilkan produk keluaran mereka.
Dalam
mengusahakan kegiatan ini, semangat kerjasama dan bermuafakat dapat
dihidupkan. Nilai bersatu padu dan berharmoni ditonjolkan oleh para
pengusaha sewaktu proses produk keluaran mereka. Sikap kerjasama dan tolong
menolong ini haruslah menjadi ikutan para generasi muda sekarang. Amalan
ini akan dapat memupuk semangat nasionalisme yang tinggi bagi menjamin
kedaulatan Negara.
Masyarakat
Malaysia kaya dengan sifat-sifat terpuji. Mereka hidup saling bekerjasama dan
tolong menolong antara satu sama lain dalam melaksanakan aktiviti harian.
Kesempurnaan kerja diperoleh apabila mereka sentiasa bersefahaman dan
bermuafakat menjayakan sesuatu kerja. Hasilnya keutuhan negara semakin mantap
dan gah di mata dunia.
Kita
perlu bersyukur sebagai warganegara kerana negara kita aman dan makmur .Keadaan
ini membolehkan kita menjalankan kegiatan ekonomi dengan baik tanpa ada
perasaan takut dan bimbang. Seterusnya dapat menjana pendapatan masyarakat,
bangsa dan negara.


Tutorial: Coming soon 